Kota Tegal
Kota Tegal

Kota Tegal

Tegal ialah sebuah bandar di Provinsi Jawa Tengah, Indonesia. Ia berbatasan dengan Kabupaten Tegal dan Kabupaten Brebes, serta Laut Jawa. Ia terletak di pantai utara Jawa Tengah kira-kira seratus kilometer dari Cirebon. Meskipun kota Tegal merupakan yang terbesar di Kabupaten Tegal, Slawi, sekitar dua belas kilometer di selatan, ialah ibu kotanya.Bersama dengan bandar berhampiran Pekalongan, kira-kira lima puluh kilometer timur, Tegal adalah tempat asal-usul industri gula penjajah Hindia Belanda, dan Kabupaten Tegal kekal sebagai pusat pengeluar gula utama hingga pertengahan abad kedua puluh.[1] Bandar ini berfungsi sebagai pelabuhan untuk mengeksport gula yang dihasilkan di ladang berhampiran. Tegal terkenal akan warungnya, biasa disebut "Warteg" atau warung tegal. Ia juga dikenali dengan produk teh (iaitu teh botol Sosro, teh tong Tji, teh 2 tang, teh gopek, dll).